Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Warga emas dipaksa pakai baju ‘Bossku’

SEREMBAN – PKR kesal dengan sikap Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang didakwa mengganggu seorang warga emas berhampiran lokasi ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Ekar di sini, malam tadi.

Naib Ketua AMK, S Thiban berkata, ketika kejadian mangsa yang memakai baju PH telah diminta oleh Saravanan dan beberapa penyokong MIC untuk menukar kepada baju yang tertera perkataan ‘bossku’.

Lebih dikesalkan, katanya, difahamkan warga emas itu turut diberi wang selepas dipakaikan baju ‘bossku’.

“Bagi kami, ini adalah satu tindakan tidak berakhlak. Sebagai seorang pemimpin tertinggi MIC, Saravanan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada jentera kempennya supaya tiada kekerasan atau provokasi.

“Tetapi apabila beliau sendiri dilihat berkempen dengan cara begini, ini bukti bahawa ia sememangnya menjadi amalan jentera mereka,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di Bandar Ekar di sini, hari ini.

Menurut Thiban, rakaman video kejadian itu telah tular di media sosial dan memberikan kesan kepada mangsa dan keluarganya.

“Kami sedih mereka menjadikan warga emas itu sebagai bahan jenaka dan menggunakan medan politik kempen untuk provokasi. Difahamkan, mangsa tidak keluar rumah sejak semalam.

“Malah, kami bimbang dengan keselamatan mangsa kerana video itu telah ditularkan di media sosial,” katanya.

Katanya lagi, ahli keluarga mangsa akan membuat laporan polis agar tindakan diambil terhadap pelaku dan dalam masa sama menggesa menghentikan penyebaran video itu.

Dalam perkembangan lain, beliau mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memasang kain rentang berunsur provokasi terhadap calon PH, Dr S Streram.

“PH tak nak tuduh BN melakukannya tetapi pemimpin BN pula tuduh kami. Tolong tunjukkan bukti jika kami yang pasang kain rentang itu.

“Kami ingin menegaskan bukan cara PH untuk menggunakan isu perkauman sempit seperti ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén