Home Blog

Definisi ‘martabatkan Islam’ PAS tidak jelas – Hanipa

0

Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mempersoalkan sikap PAS kerana mempertikai beberapa siri pelantikan dalam sektor undang-undang dan badan kehakiman.

Hanipa mempersoalkan apakah definisi sebenar ‘memartabatkan Islam’ oleh PAS yang didakwanya tidak jelas dan tidak selari dengan ‘sejarah kecemerlangan Islam’.

“Apabila saya membaca beberapa kenyataan pemimpin parti tersebut, saya dapati hujah mereka lebih diwarnai emosi serta budaya sloganistik dari nilai intelektualisme yang tinggi.

“Bagi saya, sikap sebegitu amat tidak selari dengan sejarah kecemerlangan Islam yang ditonjolkan oleh para alim ulamanya di sepanjang zaman.

“Yang jelas tidak jelas dari kenyataan mereka bagaimana mereka mendefinisi martabat Islam yang dikatakan semakin samar itu di era PH (Pakatan Harapan).

“Saya juga tidak pasti bagaimana mereka mengukur usaha keras PH misalnya mempamerkan dasar ketelusan, menentang pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa dari kacamata Islam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan semalam mendakwa beberapa siri pelantikan dalam sektor undang-undang dan kehakiman oleh kerajaan PH baru-baru ini sangat meresahkan umat Islam.

Beliau merujuk pelantikan hakim kanan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga ehwal undang-undang serta Tommy Thomas sebagai peguam negara.

“Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang,” soal Nasrudin.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa rekod Malanjum membuktikan penghakimannya jelas tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting seperti kes murtad membabitkan Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani pada 2006.

Malanjum juga merupakan salah seorang daripada tiga hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald.

Ambil masa baca perlembagaan

Hanipa yang juga timbalan menteri undang-undang berkata beliau secara tidak langsung terkait apabila pelantikan Liew Vui Keong turut dipersoalkan.

“Saya berani menegaskan yang ketua saya iaitu YB Menteri, dari hari pertama lagi, secara jelas meminta segala isu yang berkaitan agama Islam dan syariah misalnya ditangani oleh saya.

“Lihatlah betapa beliau amat berhati hati dan berjaga jaga dengan sensiviti agama,” katanya.

Menurut Hanipa, beliau sendiri telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan isu pentadbiran agama Islam dan syariah di negara ini.

“Mengenai Peguam Negara , mereka yang gusar dan bimbang tak menentu itu hanya perlu ambil masa sedikit membaca Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menggaris sempadan wilayah peguam negara dalam isu berkaitan syariah.
“Begitu juga dengan peranan, kuasa dan jurisdiksi Ketua Hakim Negara.

“Memetik keputusan/penghakiman menentang (dissenting judgement) Ketua Hakim Negara dalam kes tertentu dan terus dengan laju menyimpulkan kononnya Islam digugat adalah, maaf, satu sikap dan adab yang paling tidak bertanggungjawab.

“Sikap sebegitu, bagi saya, hakikatnya yang meremehkan martabat dan kecermerlangan Islam,” jelasnya.

Sistem beraja sudah lapuk, ketinggalan zaman – Peguam

0

Peguam dan aktivis Pakatan Harapan (PH), mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.

Fadiah Nadwa Fikri berkata demikian mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dikala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hubungan tegang dengan institusi diraja.

“Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara perdana menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian.

“Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampainya,” katanya dipetik kolum portal Malaysia Muda bertajuk ‘Jangan Engkau Cium Tangan Yang Memukulmu’.

Katanya, walaupun sistem Raja Berpelembagaan dihujahkan sekadar “perhiasaan perlembagaan yang neutral”, ianya tidak lagi boleh diterima, dipertahan dan diwajarkan berikutan realitinya adalah sebaliknya.

Hujah Fadiah, ia ditunjukkan ketika pra-PRU14 lalu apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah untuk tidak menjatuhkan kerajaan pada ketika itu yang bertentangan dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.”

Ujarnya, dikala rakyat sudah bangkit merampas kuasa daripada parti memerintah negara selama 61 tahun, sistem monarki yang disamakan Fadiah dengan konsep perhambaan ini tidak lagi boleh diteruskan.

Tegasnya, golongan diraja diberikan layanan dan dipuja persis tuhan sedangkan darahnya sama merah sepertmana darah rakyat yang diarahkan untuk patuh.

“Mengapa golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka yang dipaksakan kepatuhan kepada golongan itu mempunyai hak keistimewaan tersendiri?

“Mengapa golongan yang memerah hasil keringat mereka yang bersusah payah berjuang untuk terus hidup dan mencari kehidupan yang manusiawi perlu diberikan layanan dan pemujaan persis tuhan?

“Mengapa golongan yang dikurniakan secara mutlak mengikut budi bicara sendirinya kuasa besar dan kekayaan yang dirampas daripada mereka yang diperhambakan, kebal daripada kepertanggunjawaban?” soalnya.

Fadiah merupakan peguam hak asasi manusia juga merupakan pelopor gerakan Malaysia Muda.

– mD

Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat

0

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini membekukan akaun anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Mohd. Nazifuddin memberitahu, sejak melakukan rawatan kimoterapi, kondisi Puteri Norlisa semakin baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Pelantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti umat Islam di Malaysia

0

Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa Rabu, 11 Julai 2018.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri Latifah Mohd Tahar. Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Jom kita kenali siapa sebenarnya Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara yang baharu.

1) Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy (Azlina Jailani) untuk menukar agama asal dari Islam ke Kristian, tiga Hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut.

Dua hakim (orang islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar islam.

Kemenangan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini ditutup dari sudut sistem dan perundangan.

2) Tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah Allah utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)

Salah seorang daripada tiga orang Hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum.

Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh menutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

3) Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum.

Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Semoga Allah menyelamatkan kita semua.

‘Benarkan seks oral takut guru kecil hati’

0

SEORANG guru tahfiz ditahan selepas disyaki melakukan seks oral terhadap pelajar lelaki di sebuah sebuah sekolah tahfiz di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan polis yang mendakwa guru terbabit berusia 21 tahun melakukan seks oral terhadapnya sejak Mei lalu.

“Kejadian itu berlaku sejak Mei lalu di sekolah tahfiz berkenaan. Guru terbabit meminta untuk melakukan seks oral terhadap mangsa, namun ditolak pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian membenarkan guru berkenaan melakukan seks oral terhadapnya secara rela kerana tidak mahu suspek berkecil hati.

“Perbuatan itu sudah berlaku lima kali sejak Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya di Johor apabila pulang ke kampung pada 26 Jun lalu.

“Mangsa memaklumkan dia takut kembali ke sekolah tahfiz berkenaan berikutan kejadian itu.

“Suspek ditahan di sekitar daerah ini dan akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Julai nanti bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

– harian metro

‘Kitorang hanya berlakon, korang dah kena prank’

0

Semalam netizen digemparkan dengan klip video pertengkaran dua penyanyi dangdut iaitu Sheeda dan Ifa Raziah di kawasan parkir yang didakwa berpunca dari Ifa memburuk-burukkan Sheeda.

Klip video yang dimuat naik Sheeda itu pantas menular di serata media sosial dan api disemarakkan lagi dengan kapsyen video di mana Sheeda menyelar Ifa sebagai perempuan plastik, penipu dan gemar memburukkan dirinya.

Ramai netizen yang percaya dan bersimpati dengan Sheeda dan sementara itu, Ifa di Instagramnya pula berkata dia bersyukur dengan segala kutukan yang diterimanya. Malah dalam laporan sebuah laman berita, Ifa dikatakan telah membuat laporan polis.

Bagaimanapun, baru dua jam yang lalu, Sheeda memuat naik video kedua yang menjelaskan dia dengan Ifa sebenarnya bergurau sahaja.

“Memang kami dah lama tidak bertegur sapa sebelum ini tetapi kami sudah pun berdamai. Kami hanya bergurau, jadi korang semua jangan serius sangat okey,” tulis Sheeda di Instagram.

Dalam video kedua, Ifa menjelaskan mereka berdua sebenarnya berlakon dalam drama yang tidak lama lagi akan dikeluarkan, dalam slot Akasia.

“Dan you all semua terkena. Prank daripada kitorang. Terima kasih, selamat hari raya,” katanya.

Di ruangan komen, netizen menyatakan kekesalan terhadap kedua-dua selebriti berkenaan yang dianggap mencari publisiti murahan yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap mereka.

“Gimik murahan selalunya begitu. Nanti lama kelamaan orang dah tak percaya pada artis Malaysia,” kata netizen.

(9 Gambar) Wanita maut dibunuh rakan sekerja kerana kuat menyindir

0

AKIBAT berang kerap disindir ada hubungan sulit, seorang lelaki bertindak menikam dan mencekik kerani wanita sehingga mati di sebuah kolej kemahiran di Banting, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang, mayat mangsa Zaimah Mahmod, 57, ditemui di stor pejabat kolej berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek, 28, yang juga rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek yang mengaku baru membunuh mangsa.

“Ketika menghubungi polis pada jam 2.40 petang, lelaki itu (suspek) turut memberitahu sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.

“Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu, selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh,” katanya kepada NSTP.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga pembantu makmal sekolah itu dipercayai berdendam kerana sering kali disindir mangsa.

“Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan kerap menyindir suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di sekolah berkenaan.

“Suspek yang baru tiga bulan bekerja juga menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri,” katanya memaklumkan suspek ditemui hanya duduk dalam keadaan tenang di samping mayat mangsa.

Kata Azizan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat, manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Hello world!

1

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!