SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad, pagi ini.
“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…
“Program yang sepatutnya Almarhum Dato Seri hadir malam ini. Moga Allah swt permudahkan urusan ahli keluarga,” katanya.
Abu Hassan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara dan merupakan adik kepada pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz.
Selain itu Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis.
Leave a Reply