Bukan sekadar blog

Berita Utama

11 sebab Tommy Thomas adalah Peguam Negara paling gagal dan wajib dipecat

SAYA fikir Tommy Thomas ini baik buka gerai karipap sajalah. Terlalu banyak kegagalan beliau dalam tempoh setahun sebagai Peguam Negara:

1. Beliau menggugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng sedangkan perbicaraan tengah berjalan.

2. Beliau menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dan menyingkirkan enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sedangkan semua anggota itu sudahpun meletakkan jawatan. Ini menyebabkan tribunal itu membuang masa dan sia-sia. Macammana nak pecat lagi orang yang dah berhenti kerja?.

3. Beliau gagal menasihati Perdana Menteri dengan betul sehingga Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa perlembagaan Terengganu dan Johor terbatal apabila Persekutuan terbentuk. Sedangkan kuasa dan hak Raja-Raja Melayu dalam perlembagaan negeri terjamin berdasarkan Artikel 71 (1) Perlembagaan Persekutuan.

4. Beliau gagal memberikan nasihat yang betul kepada Tun dalam isu perlantikan MB Johor yang baru. Sedangkan Perdana Menteri tidak mempunyai apa-apa hak dari segi perlembagaan untuk menasihati Sultan Johor bagi perlantikan jawatan tersebut.

5. Beliau dirakam menari di dalam majlis sosial bersama seorang peguam kontroversi dan Ketua Hakim Negara. Tindakan ini dilihat bercanggah dengan taraf jawatan beliau dan menjejaskan integriti dan kepercayaan rakyat kepada kebebasan institusi tersebut.

6. Beliau memulakan krisis Pusat-Negeri apabila memfailkan saman sivil bagi pihak kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Kelantan dalam isu tanah orang Asli. Sedangkan apa-apa urusan bersabit tanah dan hutan adalah hak mutlak kerajaan negeri yang terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Beliau juga gagal menguruskan kes DS Najib Razak dengan baik, termasuk menambah pendakwaan pada saat akhir dan mengambil masa terlalu lama (6 bulan) bagi memindahkan kes ke mahkamah lain. Tindakan ini dikritik oleh orang kuat dan bekas Penasihat Undang-Undang Tun Mahathir; Haniff Khatri Abdullah.

8. Beliau gagal menyediakan salinan dokumen kepada pasukan pembelaan DS Najib ketika awal perbicaraan. Ini menyebabkan kes berprofil tinggi ini terpaksa ditangguhkan.

9. Beliau juga telah membawa minit mesyuarat yang belum disahkan sebagai bukti pendakwaan dalam kes DS Najib. Hakim telah menolak minit tersebut sebagai bahan bukti dan menyebabkan pasukan pendakwaan malu besar dalam perbicaraan beberapa hari lepas.

10. Tommy Thomas telah memfailkan afidavit bahawa arwah Adib meninggal dunia bukan sebab dipukul. Sedangkan inkues kematian Allahyarham sedang berjalan dan keputusan belum diperolehi.

11. Beliau telah mengarahkan peguam Syazlin yang berpandangan bahawa Arwah Adib dipukul agar digugurkan bagi mewakili Kementerian KPKT dalam kes inkues kematian Allahyarham. Kemudian beliau menggantikannya dengan peguam daripada pejabatnya sendiri yang sudah tentunya tertakluk dengan arahan beliau. Jadi buat apa buat inkues? Baik Tommy duduk dalam jamban bercakap sorang sorang buat keputusan sorang sorang.

Ini adalah 11 kegagalan paling besar Tommy Thomas yang telah mencalar integriti dan kesucian institusi Peguam Negara.

Tidak ada cara lain bagi mengembalikan kepercayaan rakyat melainkan dengan menggantikan beliau dengan individu yang lebih berkelayakan dan berintegriti. Kuasa memecat Peguam Negara (AG) adalah hak mutlak YDPA berdasarkan peruntukan perlembagaan yang menetapkan tempoh perkhidmatan AG adalah ditentukan oleh Duli Baginda selama perkenannya (at his pleasure).

Sekian. Kembalikan keadilan

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian portal ini.

Loading...

Leave a Reply