Bukan sekadar blog

Info

‘Rasa nak penampor jer yang bagi cadangan ni…’ – Tangan melecur jadi melepuh teruk selepas letak Colgate

“Kalau dengar cakap sesiapa yang kata badan terkena minyak panas kena letak colgate, penampar je muka yang bagi cadangan itu. Ini hasil letak colgate,” demikian kata seorang netizen apabila tangannya yang melecur berubah menjadi melepuh teruk selepas disapu ubat gigi.

Menurut Dr Kamarul Ariffin, petua selepas meletakkan ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya pada anggota badan yang terkena lecuran bukan sahaja boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk, malah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.

Katanya, melecur pada kulit dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:

Tahap 1: Kulit kelihatan kemerah-merahan dan sakit.
Tahap 2: Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
Tahap 3: Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

Rawatan kecemasan awal yang betul adalah:

  1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber berbahaya seperti api, pemanas, air panas, elektrik dan sebagainya, selain kekal tenang dan jangan panik.
  2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, pakaian yang terbakar kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
  3. Alirkan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk menghentikan lecuran daripada terus berlaku. Elakkan dari menggunakan air sejuk atau ais.
  4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, usah dipecahkan gelembung tersebut, sebaliknya hanya tutup dengan kain bersih.
  5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin

Loading...

Leave a Reply