Bukan sekadar blog

Berita Utama

Takut ibu ‘rampas’ telefon, kanak-kanak kunci diri sendiri dalam kereta

SEORANG kanak-kanak lelaki bertindak mengunci dirinya sendiri di dalam kereta kerana mahu bermain games di dalam telefon bimbit sehingga ibunya terpaksa memanggil anggota bomba.

Dalam kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan pada 21 Jun lalu, kanak-kanak terbabit dipercayai berbuat demikian kerana enggan telefon bimbit itu diambil oleh ibunya.

“Dia buat perangai hari ini. Dia kunci pintu kereta dan tak nak buka sebab nak main telefon.

“Dia pandai buka kunci pintu tu tetapi tak nak buka sebab takut orang ambil telefon dari dia. Last-last terpaksa panggil bomba.

“Masa bomba tengah kalut nak buka pintu, dia tak tengok pun. Kita panggil pun dia buat tak tahu. Tak engok kita langsung. Bertuah punya budak,” kata sumber.

Kejadian itu telah mencetuskan pelbagai daripada reaksi netizen.

Rata-ratanya memberikan saranan agar ibu bapa mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak supaya mereka tidak ketagih dengan alat telekomunikasi itu kelak.

Sumber: Kopiah Kau Senget

Loading...

Leave a Reply