Bukan sekadar blog

Berita Utama

Singa kurus hanya tinggal tulang undang simpati masyarakat dunia

Orang ramai terus memberi perhatian dan bantuan selepas menyaksikan keadaan menyedihkan lima ekor singa Afrika yang disifatkan kekurangan zat dan sakit.

Malah, terdapat individu yang mahu haiwan berkenaan dipindahkan ke habitat yang lebih baik.

Lima singa berkenaan ditempatkan di Al-Qureshi Park, Khartoum, namun sudah beberapa minggu tidak mendapat bekalan makanan dan ubatan mencukupi.

Pegawai dan kakitangan perubatan taman itu berkata, keadaan haiwan itu terus merosot sejak kebelakangan ini dengan ada di antaranya kehilangan dua pertiga daripada berat badan sebelum ini.

Pengurus taman berkenaan, Essamelddine Hajjar berkata, makanan tidak selalu ada dan mereka akan menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan bagi diberikan kepada singa berkenaan.

Loading...

Leave a Reply