Susulan tindakan seorang selebriti merakam video berbaur hasutan terhadap industri seni Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah membuat laporan polis ke atas selebriti berkenaan.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Seniman, selebriti berkenaan dikatakan menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan review berbayar melalui media sosialnya dan membuatkan ramai artis tersinggung dengan kenyataannya itu.

Malah, pihak Seniman juga turut meminta agar lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan SKMM terhadap artis berkenaan susulan video yang dikongsikannya itu telah mencetuskan pandangan negatif terhadap para selebriti.

Meskipun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata netizen membuat andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah meuat naik video mengecam tindakan beberapa artis yang mahukan bantuan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Loading...