Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Saya minta maaf, saya tak berniat sakitkan hati sesiapa pun’ – Ebit Lew

Pendakwah bebas Ebit Lew pada malam Selasa telah mencoretkan ucapan maaf di laman sosial sosial Facebook (FB)nya.

Ebit Lew berkata, dia memohon maaf kepada semua dan tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.

Menerusi coretan tersebut juga Ebit Lew mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami Islam dan bukannya Ustaz.

“Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam. Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

“Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer,” tulisnya.

Rata-rata netizen mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi kontroversi.

Bagaimanapun mereka mendoakan agar Ebit Lew tidak berputus asa dan meneruskan jihadnya ke jalan Allah dengan membantu golongan yang memerlukan.

Posting tersebut telah mendapat 190 tanda suka dengan 18 ribu komen dan 28 ribu perkongsian di FB.

Loading...

1 Comment

  1. orang kuala

    subhanallah,semoga dipermudahkan usaha ustaz muda.Baru betul tenaga muda tak disalah guna.Anak muda yg beriman,menyambung sunnah Rasulullah s.a.w

Leave a Reply