Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tepis rasa malu, anak bangga dibesarkan bapa Sindrom Down

TIADA siapa pernah menyangka, lelaki Sindrom Down ini mampu menjadi seorang ayah dan membesarkan anak-anaknya dengan sempurna.

Begitulah apa yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Richie Anne Castillo atau lebih dikenali sebagai Anne mengenai ayahnya yang berjaya membesarkannya dari kecil hingga dewasa.

Pernah dibuli kerana ayah Sindrom Down

Menurut Anne, sewaktu kecil dia menjadi mangsa buli di sekolah dek kerana bapanya tidak seperti lelaki normal yang lain sehingga membuatkannya merasa malu.

Anne mengakui bahawa dahulu dia menjadi pengecut kerana tidak dapat menerima pandangan orang ramai terhadap dirinya yang memiliki seorang ayah Sindrom Down.

“Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka mengejek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakut setelah itu,” katanya.

Bangga dengan ayah

Namun, usia telah mematangkan Anne. Menerusi satu ucapan sempana hari lahir bapanya yang ke-50, wanita itu telah menceritakan segala pengorbanan dan kekuatan yang dimiliki bapanya yang membuatkan dia menjadikan lelaki itu sebagai inspirasi.

“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu penat dan sakit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah sakit. Saya tidak dapat rasa kesakitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak sakit lagi,” katanya.

Selalu membuatkan ramai orang tersenyum

Anne juga meluahkan rasa kesal terhadap dirinya sendiri sebagai seorang anak kerana sanggup menyembunyikan ayah daripada hidupnya sebelum ini kerana masih lagi dihimpit dengan kenangan masa silam ketika dibuli rakan-rakan.

Tetapi bagi Anne, dia menyayangi ayahnya lebih daripada segala-galanya dan bersyukur kerana memiliki seorang ayah istimewa yang sentiasa berjaya membuatkan ramai tersenyum dengan keletahnya.

Sumber: Richie Anne Castillo

Loading...

Leave a Reply