Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

PRK Sandakan: Pengerusi PAN Sabah keluar parti, tanding tiket bebas

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Sabah berdepan dengan krisis kepimpinan apabila Pengerusinya, Hamzah Abdullah disahkan keluar dari parti itu semalam.

Hamzah yang mengasas PAN Sabah mengambil keputusan bertanding selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tidak menyenaraikan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini.

Tindakan beliau hadir ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua pagi ini dan bertanding sebagai calon bebas menyebabkan kepimpinan parti mengisytiharkan beliau keluar dari PAN.

Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam kenyataan media hari ini, mengesahkan Hamzah bukan lagi ahli parti itu setelah menghantar notis keluar PAN berkuatkuasa semalam.

“Parti Amanah Negara ingin memaklumkan bahawa Haji Hamzah Abdullah iaitu mantan Pengerusi PAN Sabah telah menghantar notis keluar parti pada 26 April 2019.

“PAN mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang memimpin parti ini di Sabah,” katanya.

Hamzah antara lima calon akan bertanding pada PRK Parlimen Sandakan selepas boring pencalonannya diterima pagi ini.

Pertandingan lima penjuru itu menyaksikan calon DAP, Vivian Wong Shir Yee ditentang oleh calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon Bebas iaitu Hamzah; bekas pengurus operasi sebuah syarikat perladangan kelapa sawit, Chia Siew Yung; dan Sulaiman Abdul Samad. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén