Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

PRK Rantau: ‘Suka hati saya nak bantu Streram atau tidak’ – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pasti sama ada akan membantu calon PH, Dr S Streram berkempen saat akhir menjelang PRK DUN Rantau, Sabtu ini.

Pengerusi PH itu berkata, keputusannya untuk turun berkempen di Rantau adalah pilihannya sendiri.

“Itu pilihan saya… kalau saya nak pi (pergi ke Rantau) saya pi,” katanya ringkas pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 8 April lalu, Streram berharap Dr Mahathir dapat membantunya berkempen menjelang PRK Rantau, 13 April ini.

“Saya terima siapa saja yang turun. Tapi sudah tentu saya harap Dr Mahathir turun sendiri ke Rantau untuk beri sokongan kuat kepada saya kerana saya hanya mengetahui sokongannya terhadap saya di surat khabar.

“Saya diberitahu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan beliau untuk dapatkan kepastian sama ada turun atau tidak,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dr Mahathir memberikan sokongan padu kepada Streram.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén