Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Pernah dihalau saudara sendiri, kini wanita ini miliki banglo mewah hasil jual ayam

SESEBUAH kejayaan bermula dengan secebis angan-angan. Apabila seseorang itu tekad untuk menjadikan angan-angannya satu realiti, tidak ada perkara yang mustahil.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita di Kelantan yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga mampu membina sebuah banglo mewah di kampungnya.

Dikecam ramai kerana kahwin muda

Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya.

Mereka berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun.

Pada awalnya, ramai yang memandang rendah perkahwinan mereka lantaran tidak memiliki sebarang sijil akademik.

Namun, itu tidak menghalang Amyza dan suaminya untuk terus berusah demi mencapai segala matlamat dan impian mereka.

“Kami buat kedai dengan kayu hutan depan rumah. Pagi berniaga ayam, malam berniaga sate. Memang letih, tapi kami tetap bahagia. Jatuh bangun kami tetap bersama,” ujar Amyza.

Kedai dan rumah dirampas oleh saudara sendiri

Namun, keadaan berubah keruh apabila Amyza dihalau daripada rumah peninggalan arwah bapanya kerana tidak mempunyai bukti dokumentasi geran tanah.

Bermula dari hari itu, mereka mula menabung. Sampai satu ketika mereka melakukan empat pekerjaan dalam satu-satu masa. Hasilnya, mereka berjaya menebus kembali tanah arwah ayah.

11 tahun berniaga, rumah idaman akhirnya menjadi realiti

Selama 11 tahun Amyza dan suaminya bertungkus-lumus memajukan perniagaan mereka demi keluarga dan anak-anak.

Akhirnya, Amyza mampu untuk membina mahligai impiannya di samping mengumpul lebih banyak aset sebagai pelaburan untuk masa depan.

Syarikat makin membesar, keluarga bertambah bahagia

Amyza turut berpesan supaya tidak mudah patah semangat dan kerap berdoa agar perkara yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

“Tujuan muat naik ini bukanlah untuk riak atau bangga diri. Kami ingin anak-anak muda supaya berusaha, jangan malu dan tidak malas berniaga,” ujarnya.

Sumber: MyKelantanese, Nur Amyza Ismail

Leave a Reply

Theme by Anders Norén