HEBRON – Pelampau Israel melemparkan bahan beracun ke dalam perigi di timur Yatta, di selatan Hebron dalam usaha membunuh penduduk Palestin dan ternakan mereka, yang bergantung kepada sumber itu untuk meneruskan kehidupan seharian.
Pusat Maklumat Palestin memetik pegawai tempatan, Rateb al-Jabour, sebagai berkata peneroka haram Yahudi di Maon, timur Yatta, melemparkan bahan beracun berwarna biru ke dalam perigi yang digunakan pengembala di kawasan al-Hamra.
Beliau berkata, pengembala di timur Yatta terdedah kepada serangan hampir setiap hari yang dilakukan peneroka haram Yahudi dalam usaha memaksa mereka meninggalkan kampung halaman.
Keganasan yang tidak dipedulikan itu bertujuan mengusir penduduk Palestin dari lebih banyak wilayah di Tebing Barat, menjadikan lebih mudah untuk rejim Zionis mengambil alih tanah dan sumber. — Agensi
Leave a Reply