Bukan sekadar blog

Politik

Najib hanya berani di Facebook, di Parlimen penakut – Azmin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan tindakan keras kerana gagal mematuhi arahan embargo Kertas Putih Kelestarian FELDA seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 95A.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan tindakan bekas Perdana Menteri itu membocorkan dokumen penting berkenaan sebelum masa yang dibenarkan adalah kesalahan besar.

“Bagaimana bekas Perdana Menteri boleh buat macam itu? Bocorkan dokumen (Kertas Putih Kelestarian FELDA) petang semalam menerusi entri yang dimuat naik di Facebook beliau.

“Sebab itu pagi ini saya kemukakan usul kepada Speaker (Dewan Rakyat) supaya tindakan keras diambil terhadap Pekan,” katanya merujuk kepada Najib ketika sesi penggulungan Kertas Putih Kelestarian FELDA di Dewan Rakyat, hari ni.

Najib menerusi akaun Facebook rasminya semalam memuat naik gambar yang memaparkan laporan Kertas Putih FELDA, membabitkan opsyen jual saham Eagle High Plantations (EHP).

Menjelaskan isu terbabit meskipun tanpa kelibat Najib di dewan, Mohamed Azmin berkata, pembelian EHP menerusi anak syarikat FELDA, iaitu FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tidak diuruskan secara baik.

Katanya, hasrat kerajaan untuk menjual balik 37 peratus kepentingan saham dalam EHP, diwakili PT Rajawali Capital International itu tidak berupaya mengembalikan pelaburan AS$505.4 juta (RM2.06 bilion) bersama faedah tahunan enam peratus yang harus ditanggung syarikat Indonesia berkenaan.

Loading...

“Pekan (Najib) hanya berani serang saya pasal EHP dalam Facebook, tetapi tiada kejantanan berdepan Gombak di Parlimen.

“Kalau kita dengar FELDA boleh tuntut balik pelaburan (seperti dikatakan Najib menerusi Facebook) dengan mudah seperti itu memang seronoklah, melompat masing-masing tapi hakikatnya tidak begitu.

“Ini kerana Rajawali yang ditubuhkan pada 2014 hanya mempunyai nilai aset ketara bersih AS$7.2 juta, malah perjanjian ‘put option’ (opsyen jual) dimeterai antara FELDA dan syarikat republik berkenaan berat sebelah.

“Buktinya Rajawali mengambil tindakan timbang tara dan mencabar keputusan FELDA di mahkamah kerana mereka (pentadbiran terdahulu) tidak meneliti inti pati kandungan perjanjian berkenaan.

Bersandarkan perjanjian terbabit, EHP kendalian pengurusan Rajawali Group iaitu syarikat milik jutawan Indonesia, Peter Sondakh dikehendaki memperoleh Pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Mohamed Azmin bagaimanapun menzahirkan kehampaan kerana syarikat Indonesia yang dibeli dengan kadar premium 96 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran itu sehingga kini gagal mendapatkan RSPO.

“Secara tidak langsung keadaan ini membebankan FELDA,” katanya.

Loading...

Leave a Reply