Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Muhd Syawal mengaku sebagai Nabi dan Rasul nak bakar Kaabah

VIRAL di media sosial beberapa tangkap layar seorang lelaki yang berani mengaku dirinya sebagai Nabi dan Rasul di Facebook.

Lelaki yang menggunakan nama ‘Muhd Syawal’ itu telah memuat naik status mahu memperbetulkan pegangan seluruh umat manusia.

Katanya, untuk tujuan itu dia berani mengaku sebagai Nabi dan Rasul selain turut memberitahu ‘tentera’ telah disiapkan oleh Allah SWT.

Muhd Syawal juga berani mengeluarkan kenyataan mahu membakar Kaabah dan Madinah serta mempersoalkan tahap bacaan Al-Quran imam Masjidil Haram.

Bagaimanapun, motif sebenar lelaki itu bertindak sedemikian tidak diketahui.

Sementara itu, netizen tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai masalah mental ‘gila isim’ berdasarkan kejadian-kejadian individu yang mengaku Nabi sebelum ini.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén