SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melarang menteri membawa pasangan mereka dalam urusan rasmi luar negara tidak melebihi 7 hari, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata, larangan itu bertujuan menjimatkan kos perbelanjan kerajaan.
“Menteri yang pergi lawatan kerja ke luar negara tidak boleh bawa isteri, melainkan lawatan itu lebih 7 hari, lawatan kerja itu bersifat kerja.
“Menteri boleh pergi dengan 2 pegawai sahaja dan isteri hanya boleh iring menteri, kalau lawatan kerja itu lebih 7 hari. Kos perbelanjaan akan ditanggung sendiri, jika menteri bawa isteri kurang dari 7 hari lawatan, ia telah berkuatkuasa.
“Kita pergi kerja, bukan untuk main golf, ‘shopping’, bercuti. Dulu, ramai menteri walaupun 1 hari, balik 3 hari selepas persidangan,” katanya dalam “Wacana Bicara Minda Ekonomi Sejahtera Untuk Semua” hari ini.
Azmin bagaimanapun berkata, larangan itu tidak terpakai untuk isteri perdana menteri kerana ada tugas khas yang perlu dilakukannya dalam lawatan kerja luar negara.
Leave a Reply