Bukan sekadar blog

Info

Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!

GARA-GARA mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter milik wanita ini diserang netizen.

Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima hampir 2,600 komen dan ‘retweet’ hampir 2,900 kali.

Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh netizen.

Kebanyakannya dilihat tidak berpuas hati dengan pandangan itu, malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Apa pula pendapat anda?

Loading...

1 Comment

  1. Sikap bodoh dan tak reti nak bersyukur tu tlg simpan sikit dlm kain jgn dok tunjuk sgt kebodohan dan kebanggangan kat org luar…Duit raya rm5 tu dah memadai kot.,.Takkan nak bagi kat anak dia sampai rm10k kot mentang mak sedara anak dia org senang dan mewah…Pemikiran kolot dan bahlol wanita itu tak bole d contohi langsung..

Leave a Reply