Bukan sekadar blog

Berita Utama

Malaysia dimalukan seluruh dunia angkara kebodohan PH mentadbir negara

Nasib malang terus menimpa Malaysia yang kini diperintah Pakatan Harapan (PH) apabila Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dinobat sebagai bursa paling teruk di dunia oleh Bloomberg.

Menerusi satu temuramah antara Bloomberg dengan seorang pengurus besar sebuah syarikat pelaburan antarabangsa mendedahkan tiga sebab utama BSKL mengalami kejatuhan paling teruk itu berbanding bursa-bursa utama dunia yang lain.

Sebab 1: Ketidakstabilan politik

Lima tahun dahulu, kerajaan Barisan Nasional mula diserang hebat oleh PM ke-4 dan PH.

Walaupun diserang hebat oleh mereka, ekonomi negara masih bertahan lagi. Jika kita tidak diserang begitu pada masa itu, sudah tentu ekonomi akan lebih baik selari dengan Pelan Transformasi Negara.

Sebab 2: Kebodohan Menteri Kewangan Lim Guan Eng

Langkah tidak masuk akal Lim Guan Eng menggunakan unjuruan harga minyak dunia pada US$70 satu tong untuk membuat belanjawan 2019.

Pada bulan Oktober sebelum Bajet 2019, bekas Perdana Menteri Najib Razak telah memberi amaran dalam sidang Parlimen untuk tidak menggunakan unjuran setinggi ini kerana bajet akan lari.

Loading...

Pada bulan November selepas bajet diumumkan, Najib sekali lagi memberi amaran yang sama tetapi Menteri Kewangan tetap berdegil.

Sebab 3: Menghapuskan GST dan menaikkan ketergantungan kepada hasil minyak

Tentang GST ini, tidak perlu diperkatakan lagi tentang kebaikan dan ketelusan sistem percukaian ini. Malah Lim Guan Eng turut mengakuinya sebelum ini.

Oleh kerana sebab politik, GST dijadikan bahan kempen Pakatan Harapan dengan menipu harga barang akan turun jika ianya dimansuhkan.

Oleh kerana penipuan PH demi rampasan kuasa, kini negara kita terjejas.

Bermula dari tahun 2009, Najib telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil minyak.

Hasilnya, Malaysia berjaya mengurangkan ketergantungan setiap tahun dari 44% pada tahun 2010 menjadi 14% pada tahun 2017 supaya ekonomi negara tidak akan lagi terjejas apabila harga minyak dunia tiba-tiba jatuh teruk.

Jika kerajaan BN tidak membuat begitu, sudah tentu ekonomi kita telah mengalami kemelesetan pada tahun 2016 apabila harga minyak dunia jatuh 80% masa itu – seperti yang terjadi kepada negara Brunei dan negara-negara Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Oleh kerana ekonomi negara kita tidak terjejas, maka rakyat tidak terkesan dan tidak tahu bahawa ekonomi kita sebenarnya telah diselamatkan pada masa itu oleh langkah dan rancangan kerajaan terdahulu.

Lalu, kerajaan BN terus dikecam.

Selepas menang PRU14, kerajaan PH pula naikkan semula kebergantungan kepada minyak menjadi 33%.

Dan ini adalah satu lagi faktor kenapa pelabur-pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia lagi.

“Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh kerajaan PH”, pelabur asing ketawakan kita.

Loading...

4 Comments

  1. Ahmad Shah

    Jgn terpedaya dgn permintaan mana2 pertubohan cina yg ada kena mengena dgn DAP. Bahaya untok generasi yg akan dtg.

  2. Anneke Nasution Binti Amer

    Itu lah kerajaan PH.makin lama makin teruk jadinya.bukan setakat menyusahkan rakyat menyeksa rakyat adalah.

    • Abdullah Sani b.Ismail

      Jangan takut, Dr.Mahathir ada. Setakat hari ini beliau lihat saja dan makan angin ke-merata tempat. Sampai masa dia akan bertindak dengan mengentik jarinya saja, semua akan pulih seperti sedia kala. Percaya-lah, Dr.Mahathir ada banyak ilmu tipu-helah dalam mentadbir negara.

Leave a Reply