Bukan sekadar blog

Politik

Majlis Syura Ulama luluskan kerjasama politik PAS-UMNO

KUANTAN – Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah perpaduan, kerjasama dan perjanjian politik.

Katanya, pembentangan, perbahasan dan usaha meluluskan usul politik berhubung hubungan kerjasama di Muktamar Tahunan PAS Ke-65, hari ini adalah sekadar langkah pengesahan.

“Majlis Syura Ulama sudah bincang dan luluskan secara dasar, cuma bagi mengesahkan dalam muktamar PAS hari ini untuk mendapat mandat.

“Garis panduan dan perkara lain (berhubung hubungan kerjasama itu) masih di peringkat perbincangan serta akan diputuskan kemudian,” katanya kepada pemberita sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-65, di sini, hari ini.

Memperincikan hubungan yang bakal dijalin, Abdul Hadi berkata, pendekatan politik merangkumi tiga jenis itu bagi membolehkan PAS berupaya memeterai kerjasama dengan UMNO dan NGO bukan Islam.

Loading...

Leave a Reply