Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Mahathir dikecam netizen kerana tipu hutang negara makin turun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam netizen selepas menipu secara terang-terangan mengenai jumlah hutang negara di Parlimen, hari ini.

Mahathir berkata, peratusan hutang negara berkurang berikutan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penyelesaian beberapa hutang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung usaha dan tindakan kerajaan mengurangkan hutang kepada RM686 bilion daripada RM1 trilion.

“Pada mulanya kita kaji dan dapati, ia lebih RM1 trilion. Ini adalah satu angka besar sekarang, KDNK negara meningkat. Apabila KDNK meningkat, peratusan hutang kurang. Kedua, apabila kita selesai beberapa hutang, maka hutang sudah kurang. Ia tidak lagi menjejaskan usaha kita mentadbir dan membangunkan negara,” katanya.

Bagaimanapun, angka RM1 trilion sekadar propaganda kerajaan PH semata-mata kerana hutang negara sehingga akhir bulan Mac 2019 hanyalah RM777.1 bilion sahaja.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan Mahathir yang tidak habis-habis bercakap mengenai hutang RM trilion tetapi pada masa yang sama aset-aset milik negara dijual dan pelbagai bantuan dan dana kepada rakyat dihentikan.

Cara menipu sebijik macam PM4

Mahacai babi boleh la kau tipu…

Rakyat sudah tahu perkara sebenar

Leave a Reply

Theme by Anders Norén