Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lebih 300,000 penduduk dunia sudah dijangkiti Covid-19, hampir 1 bilion berkurung

Berdasarkan data dikeluarkan Universiti John Hopkins, seramai 311,988 orang dilaporkan positif koronavirus baharu (Covid-19) di seluruh dunia.

Ia turut mengakibatkan hampir 1 bilion penduduk dunia dari lebih 35 negara dilaporkan terpaksa berkurung di rumah masing-masing.

Malah dianggarkan, kira-kira 900 juta penduduk dunia terpaksa berkurung termasuk kira-kira 600 juta berkurung atas perintah pihak berkuasa, lapor AFP seperti dipetik VOA News.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 13,407 mangsa telah terkorban dengan kematian terbanyak dilaporkan di Itali, China dan Sepanyol.

Sabtu lalu, sebanyak 793 kes kematian dicatatkan di Itali, menjadikannya negara dengan paling ramai kematian dalam tempoh 24 jam buat kesekian kalinya.

Setakat ini, sebanyak 5,560 kes baru dicatatkan di negara itu, menjadikan jumlah keseluruhan 59,138 kes dengan 5,476 kematian, meningkat 13.5 peratus semalam.

Angka ini menjadikan Itali negara paling banyak kematian berbanding negara lain di seluruh dunia.

Sementara itu di Sepanyol, lebih 391 kematian dicatatkan dalam masa sehari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya 1,772 kematian daripada sekurang-kurangnya 28,768 kes positif di negara itu.

Di Malaysia, sebanyak 1,306 kes positif dilaporkan dengan pertambahan 123 kes semalam, melibatkan 11 kematian sejak 17 Mac lalu.

Loading...

Leave a Reply