Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lapangan terbang Wuhan sesak, rakyat sudah tidak sabar untuk melancong

Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan dilaporkan sesak selepas bandar raya itu menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuasakan selama 76 hari.

Ini berikutan warganya sudah tidak sabar untuk melancong ke luar negara sebaik sahaja negara itu mengisytiharkan mereka berjaya mengawal sepenuhnya jangkitan wabak Covid-19.

Malah, menurut laman The Bangkok Post, syarikat pelancongan di China mula menghubungi rakan niaga di Thailand untuk bertanya mengenai produk pelancongan yang ditawarkan di negara Gajah Putih itu.

Difahamkan, jumlah pengguna pengangkutan awam di Wuhan juga melebihi 620,000, sehari selepas bandar raya itu menarik balik perintah berkurung.

Situasi yang berlaku ini bukan sahaja meningkatkan peluang kes Covid-19 kembali menular, malah turut menimbulkan kerisauan buat orang ramai yang berharap tiada lagi gelombang baharu dari negara China.

Melihat kepada bagaimana penduduk Wuhan ‘meraikan’ bandar mereka ‘bebas’ daripada Covid-19, mungkin insiden ini dapat dijadikan pengajaran buat rakyat Malaysia sebaik sahaja arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan kelak.

Loading...

Leave a Reply