Bukan sekadar blog

Politik

Kemenangan DAP tanda pemulihan politik terhadap PH – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan adalah permulaan kepada pemulihan politik terhadap gabungan itu.

Katanya, ia sekaligus menidakkan kemenangan berturut-turut Barisan Nasional (BN) pada PRK Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Rantau.

“Pilihanraya kecil Sandakan merupakan pemulihan politik negara, menghapuskan kekalahan tiga pilihan raya kecil PH di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau dan pukulan kalah mati kepada kempen “Malu Apa Bossku”,” katanya di Twitter.

DAP secara tidak rasminya mengekalkan kedudukan parti itu di Parlimen Sandakan apabila memenangi majoriti lebih 11,000.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calonnya, Vivian Wong mendahului 4 pencabarnya dengan 16,012 undi berbanding 4,491 undi yang diraih pencabar terdekatnya daripada Parti Bersatu Sabah, Linda Tsen.

Tiga calon bebas, iaitu bekas pengasas Amanah Sabah, Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi, ahli perniagaan, Chia Siew Yung (178 undi) dan seorang lagi calon Bebas, Sulaiman Samad mendapat 126 undi. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply