Seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 11 orang.

Mangsa, Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi Surau As Sobirin Damai Rasa, Alam Damai, Cheras dan Timbalan Pengerusi Masjid Al-Muklisin, Alam Damai menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 9.55 malam.

Arwah yang berasal dari Kemaman, Terengganu sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat ramah dan mesra serta murah dengan senyuman.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan buat ahli kariah Alam Damai.

Al-Fatihah..

Loading...