Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kali pertama buat IVF keguguran, kali kedua dapat kembar tiga!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk merasai pengalaman indah itu.

Menurut pakar sakit puan, Dr Thokha Muhammad,  usaha dan tawakkal adalah kunci utama bagi setiap pasangan untuk mendapatkan zuriat.

Dr Thokha turut berkongsi video seorang wanita yang menjalani rawatan IVF di kliniknya berjaya hamil semula setelah keguguran tiga bulan yang lalu.

Lebih menggembirakan, wanita itu hamil kembar tiga!

Menurut Dr Thokha , ketika rawatan kali pertama, wanita itu berjaya hamil tetapi kandungannya hanya mampu bertahan selama enam minggu sahaja.

Walaupun keguguran, wanita itu tidak berputus asa dan melakukan rawatan yang sama buat kali kedua.

Siapa sangka ketentuan Allah, rawatan kedua juga berjaya dan hasilnya dia dikurniakan bayi kembar tiga.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengalami keguguran.

Ada juga yang bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehamilan kepada Dr Tokha selain berharap mereka diberi keajaiban yang sama seperti wanita tersebut.

Sumber: Dr Thokha

Loading...

Leave a Reply