Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Kalau defisit TH RM4.1 bilion, kenapa suntik RM17.8 bilion?’ – Najib

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan menyelamatkan Lembaga Tabung Haji dengan menyuntik dana sebanyak RM17.8 bilion sedangkan sebelum ini entiti itu dikatakan merekodkan defisit RM4.1 bilion sahaja.

Beliau mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan telah menjahanamkan Tabung Haji.

Katanya, selama bertahun-tahun Tabung Haji membayar hibah yang tinggi dan tidak perlu diselamatkan (bail-out) semasa pentadbirannya.

Selepas membaca kertas putih Felda, beliau mendakwa, kerajaan sekarang juga akan melakukan perkara yang sama kepada agensi tersebut.

“PWC pun kata TH sebenarnya ada defisit terkumpul RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

“Dakwa BN terlebih bayar hibah untuk tahun-tahun lepas. Kejamnya BN.

“Sampai hujung tahun 2018, PWC kata defisit naik ke RM10.9 bilion.

“Kita dikejutkan lagi apabila kerajaan PH kata mereka perlu bail-out TH dengan RM17.8 bilion selepas TH jual aset.

“Dari kelebihan tukar menjadi defisit RM4.1 bilion.

“Dari defisit RM4.1 bilion naik ke defisit RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018.

“Dan dari defisit RM10.9 bilion tiba-tiba perlu bail-out RM17.8 bilion.

“Penyokong PH pun puji kerajaan PH kerana meluluskan bail-out RM17.8 bilion untuk TH. Baik hati sangat PH ni. Prihatin.

“Tetapi penyokong PH tidak pernah tanya soalan yang paling asas ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mengumumkan kerajaan akan memberi bantuan kepada Tabung Haji sebanyak RM17.8 bilion dalam tempoh 10 tahun atau sehingga sukuk yang diterbitkan habis ditebus.

Ini susulan pemindahan asetnya kepada syarikat khas Urushartanah Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) berjaya ditebus semula.

Pembayaran pertama sebanyak RM500 juta akan dibuat pada tahun hadapan dan bakinya akan dibuat setiap tahun sehingga semua sukuk habis ditebus.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén