Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kabinet bincang isu Tabung Haji, bayaran hibah esok

Mesyuarat jemaah menteri esok yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan membincangkan isu-isu berkaitan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula lembaga itu.

Pembayaran hibah juga akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat.

“Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

“TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan oraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan bila kerajaan akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendeposit TH.

Menurut Noraini, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit.

“Saya akan jelaskan perkara ini selepas mesyuarat jemaah menteri memutuskannya. Tetapi hakikatnya yang diketahui umum ialah terdapat pencurian oleh pengurusan TH yang banyak.

“Sudah tentu menjejaskan kebolehan kita memberi pulangan kepada penyumbang TH,” kata Dr Mahathir.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén