Bukan sekadar blog

Uncategorized

Jual tisu nak tolong mak, anak yatim ini buat Pak Nil sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Peribahasa ini sesuai menggambarkan nasib seorang kanak-kanak yatim yang terpaksa menjual tisu demi membantu ibunya mencari sesuap rezeki.

Kanak-kanak itu ditemui pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil ketika sedang menjual tisu di sebuah kedai makan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu, semalam.

Manerusi video yang dimuatnaik di saluran Youtube miliknya, Pak Nil kelihatan sebak apabila kanak-kanak itu memberitahu dia terpaksa mencari duit tambahan demi membantu ibunya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Saya nak tolong mak sebab ayah dah meninggal,” kata kanak-kanak itu.

Pak Nil kemudiannya membeli semua tisu yang dijual dan menyerahkan wang RM50 kepada kanak-kanak itu manakalanya bakiya dianggap sebagai sedekah.

Kanak-kanak itu nyata gembira apabila melihat semua tisu yang dibawa habis dijual lalu dia memberikan satu ciuman pada Pak Nil sebagai tanda terima kasih sebelum beredar dari kedai makan tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen mendoakan agar kanak-kanak itu sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Mereka turut bangga dengan semangatnya yang sanggup mencari duit lebih demi membantu meringankan beban ibunya.

Loading...

Leave a Reply