Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Info

‘Jangan main telan jer…’ – Sayur brokoli boleh dipenuhi ulat tanpa anda sedar

BENTUKNYA seakan-akan bunga kubis namun ia berwarna hijau. Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam kumpulan sayuran kubis atau Brassicaceae.

Di Malaysia, brokoli mudah diperolehi dan enak dinikmati dengan pelbagai gaya masakan.

Brokoli telah lama diketahui sebagai salah satu sayuran yang menyihatkan kerana mempunyai kalori yang rendah selain tinggi kalium dan rendah sodium, malah tidak mengandungi kolesterol.

Selain itu, brokoli amat kaya dengan sumber vitamin K, vitamin C, asid folik, potasium, serat, mineral dan rendah kalori.

Namun, tidak ramai yang mengambil penting cara membersihkan brokoli sehingga tidak menyedari ulat-ulat yang biasa ‘bersembunyi’ di celah-celah bunga kecil brokoli yang agak rapat antara satu sama lain.

 

Oleh sebab itu, para penggemar sayur ini tidak seharusnya main telan je memandangkan brokoli perlu dibersihkan dengan cermat.

Oleh kerana aspek kebersihan amat penting dalam kehidupan kita, adalah dinasihatkan agar cuci terlebih dahulu sayur brokoli anda sebelum memasaknya.

Berikut merupakan langkah mudah untuk mencucinya :

1. Cuci keseluruhan brokoli bagi menghilangkan kotoran, debu dan baja.

2. Potong bahagian batang brokoli kepada saiz yang lebih kecil menggunakan pisau.

3. Potong lagi pada bahagian tengah sayur di atasnya kepada saiz yang kecil.

4. Tuangkan air bersih bagi merendam brokoli dalam bekas atau besen.

5. Tambah sedikit tepung dan garam pada bekas berkenaan.

6. Kacau dan biarkan brokoli direndam selama 5-10 minit.

7. Sesudah itu, anda akan dapati warna air rendaman itu bertukar keruh, buangkan dan kemudian cuci semula brokoli menggunakan air bersih.

Sumber: FoodyTW, Healthy Eating

Leave a Reply

Theme by Anders Norén