Bukan sekadar blog

Info

Jalan tergetar-ketar cari rezeki, nenek tua bertongkat jual kerepek

Sepatutnya masa tua dihabiskan dengan berehat di rumah bersama keluarga tersayang, namun bagi seorang warga emas ini, dia terpaksa mengerah keringat menjual kerepek demi sesuap nasi.

Menerusi video berdurasi 20 saat yang tular di Twitter, warga emas itu dilihat berjalan mencari pelanggan menggunakan walker dalam keadaan terketar-ketar.

Apabila terasa keletihan, dia akan berehat seketika sambil menunggu barang niaganya dibeli orang yang lalu-lalang.

Loading...

Menurut sumber, warga emas yang hanya dikenali sebagai Ngatiyem itu sudah berusia 110 tahun manakala suaminya sudah lama meninggal dunia.

Nenek Ngatiyem difahamkan kini tinggal bersama saudaranya di Jogjakarta.

Loading...

Leave a Reply