Bukan sekadar blog

Berita Utama

Israel juga berhak ke atas tanah Tebing Barat, kata wakil AS

BAITULMAQDIS – Duta Amerika Syarikat (AS) memaklumkan Israel berhak untuk menjadikan ‘sebahagian’ wilayah jajahannya Tebing Barat dalam kenyataan yang dijangka menguatkan lagi tentangan Palestin terhadap pelan damai AS.

Penduduk Palestin sudah menolak pelan itu walaupun sebelum ia diumumkan kerana beranggapan beberapa tindakan Presiden AS, Donald Trump sebelum ini menunjukkan pentadbiran beliau berat sebelah.

Mereka dijangka menganggap kenyataan terbaharu duta AS ke Israel, David Friedman sebagai satu lagi punca kegagalan proses damai yang sukar dilaksanakan, setakat ini.

Dalam wawancara yang diterbitkan akhbar New York Times, hari ini, Friedman berkata pengambilan kawasan tertentu di Tebing Barat menjadi wilayah Israel sebagai sah.

“Dalam keadaan tertentu, saya merasakan Israel berhak mengambil sebahagian dan tidak mungkin semua wilayah Tebing Barat,” katanya. – AFP

Loading...

Leave a Reply