Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ia adalah perjanjian muktamad bahawa saya jadi PM, kata Anwar

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan khabar angin bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri akan datang masih diragui dengan mengatakan penyerahan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad adalah “perjanjian muktamad”.

Dalam satu sidang akhbar, ahli Parlimen Port Dickson berkata, perdana menteri bersikap tulen dan jujur.

“Saya tak ragu-ragu dengan keputusan peralihan itu. Beliau tulen dan jujur.

“Setahu saya, ini adalah perjanjian muktamad,” katanya yang merupakan timbalan kepada Dr Mahathir sebelum dipecat pada 1998.

Semalam Anwar berkata, persoalan pemberita dan orang ramai berkenaan masa yang tepat untuk penyerahan kuasa hanya akan menyebabkan berlaku ketegangan di antara mereka berdua.

Loading...

“Anda tidak boleh bertanya perdana menteri tentang peralihan (kuasa)…kita bercakap tentangnya setiap minggu,” katanya.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan pertemuannya bersama Dr Mahathir dan berpendapat isu itu sudah selesai.

“Jika anda mahu tahu apa yang kami bercakap, tunggu.

“Persoalan seperti ini hanya mewujudkan ketegangan,” kataya kepada media di rumah terbuka Hari Raya di Lembah Pantai semalam.

Sehingga kini, tarikh peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar masih dalam tanda tanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata beliau akan terus menumpukan usaha mengurangkan hutang negara sebelum mengakhiri tempoh memegang jawatan itu buat kali kedua.

Loading...

1 Comment

  1. AMRULLAH

    (Maaf) Tun M pernah berkata bahawa Anwar Ibrahim tidak layak jadi PM kerana nafsunya amat ganjil (GAY) malaysia tidak boleh memiliki PM bernafsu songsong. 1998

    Walaupun Anwar Ibrahim dapat pengampunan YDPA akan tetapi status Beliau bekas banduan tidak akan lesap sampai bila-bila dan penerangan Tun M tentang Anwar Ibrahim bernafsu songsong itu tetap relevan kerana Tun M tidak pernah mengaku bahawa kenyataannya itu adalah fitnah utk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

    Sudi kah rakyat Malaysia miliki PM GAY DAN BEKAS BANDUAN?? sama2 kita tunggu.. 😂

Leave a Reply