Bukan sekadar blog

Berita Utama

Honda City nak kena tarik, pemilik sembur racun serangga pada abang repo

Viral di media sosial, video seorang wanita enggan menyerahkan kereta Honda City miliknya kepada beberapa individu yang ditugaskan untuk menarik kereta berkenaan.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Langkawi itu, wanita terbabit gagal menjelaskan ansuran bulanan kereta itu kepada pihak bank selama lima bulan.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Benjamin Al Shariff, wanita itu enggan menyerahkan kereta itu biarpun wakil penarik kereta telah duduk di tempat duduk pemandu.

Lebih teruk lagi, dia bertindak menyembur racun serangga ‘baygon’ terhadap penarik kereta yang merakam video itu sebagai bukti, sambil menjerit meminta tolong kononnya dia diragut.

Loading...

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, lelaki berkopiah itu keluar dari kereta dan terpaksa membiarkan saja wanita itu beredar sebelum mereka membuat laporan polis.

Difahamkan, selepas membuat laporan polis, krew penarik kereta pergi ke rumah pemilik kereta tersebut untuk mendapatkan kereta itu. Tetapi usaha mereka terbantut selepas adik kepada wanita itu tampil mengugut akan mencederakan mereka dengan senjata tajam.

Sumber: Benjamin Al Shariff

Loading...

1 Comment

  1. TAQUDDIN ABD MUKTI

    aduss..hang hutang 5 bulan tak bayar kemudian berlagak macam tak salah salah. Sila kan pihak berkuasa bertindak

Leave a Reply