Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Sukan

Ditemuramah wartawan asing, pelumba basikal ini selamba cakap omputeh slang Terengganu

SETIAP negeri mempunyai dialek percakapan masing-masing yang menjadi identiti negeri itu sendiri. Antara dialek yang popular dan mudah dikenalpasti di Malaysia termasuklah Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Tular di media sosial video pelumba basikal negara, Mohd Hariff Salleh sedang ditemuramah oleh seorang wartawan asing selepas perlumbaan Le Tour De Langkawi tempoh hari.

Tranung kite!

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan pelumba TSG itu menjawab setiap soalan yang ditanya dengan selamba dalam Bahasa Inggeris bercampur dengan dialek Terengganu.

Kemah boh!

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dengan keyakinan pelumba pasukan TSG itu berbahasa Inggeris walaupun mengalami sedikit kesukaran.

Konfient level tinggi! Proud

Sumber: Jarr

Leave a Reply

Theme by Anders Norén