KUALA LUMPUR – Putrajaya akan mengkaji tuduhan terhadap pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat nasional termasuklah keperluan menghantar pendakwah itu kembali ke India.

“Kita akan mengkaji perkara itu mengikut undang-undang sedia ada,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai Zakir yang juga warganegara India yang dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta) oleh kerajaan negara itu semalm.

Menurut Direktorat Penguatkuasaan India (ED), jumlah yang sudah dikenal pasti adalah bernilai Rs50.4 juta (RM3 juta).

Bagaimanapun, Zakir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadapnya. – MalaysiaGazette

Loading...