Bukan sekadar blog

Berita Utama

Guru hilang sabar, pelajar SJK lemah Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR — Seorang guru meluahkan rasa kecewa dengan beberapa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang sehingga tingkatan empat masih gagal menguasai Bahasa Melayu (BM).

Menggunakan nama Cikgu Puaka, beliau berkata perkara itu berbeza dengan murid Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT), yang majoritinya tidak mempunyai masalah.

“Dah kalau BM tak boleh, Inggeris tak boleh, baik jangan jadi warganegara,” katanya di Twitter.

Menurut beliau, jika usia mencecah 16 dan 17 tetapi tetap gagal menguasai bahasa kebangsaan, itu adalah masalah sendiri bukan sistem.

Hal itu kerana sifat angkuh dan ego seseorang individu itu sendiri, walhal persekitaran kita semuanya menggunakan BM.

“Bayangkan betapa payahnya nak ajar Bahasa Inggeris kepada murid yang langsung tak faham bahasa lain selain bahasa ibunda mereka,” catatnya.

“Kita ajar dan bagi penerangan atau arahan, tak faham, kita ulang guna BM masih tak faham. Kau nak makan penampar dulu ke baru nak faham?”

Mengulas lanjut, guru tersebut menyatakan, masalah itu berlaku di SJK di perkampungan, bukannya di bandar-bandar besar.

Sebab itu tegasnya, pembinaan banyak sekolah SJK sebenarnya menyumbang ke arah kepupusan perpaduan.

Hantaran beliau mendapat sambutan hebat pengguna, sehingga dikongsi 14,200 kali, yang mana rata-rata bersetuju dengan Cikgu Puaka.

Loading...

Leave a Reply