Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ganti BN, ibarat ganti isteri baru yang gagal urus rumah tangga – Dr Maza

ARAU – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberikan anologi mengenai pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan Barisan Nasional (BN) memerintah negara iaitu ibarat menggantikan isteri baharu yang gagal menguruskan rumah tangga.

Katanya, mentalakkan isteri yang curang walaupun cantik dan pandai memasak bukanlah merupakan satu kesilapan.

“Namun, menggantikan isteri tersebut dengan isteri baharu yang amat gagal menguruskan rumah tangga merupakan satu kesilapan. Kadang-kala kesan kesakitan perasaan akibat isteri yang tidak tahu dan gagal menguruskan rumah tangga itu hampir sama dengan yang curang.

“Cumanya pada sudut yang berbeza-beza. Apa yang penting, kedua-dua jenis wanita itu tidak wajar diambil sebagai isteri. Demikianlah juga adanya dalam membuang dan menggantikan sesebuah pentadbiran atau pemerintahan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Selepas 10 bulan memerintah kerajaan PH terus menerima kritikan berikutan kegagalan menunaikan manisfesto selain pelbagai masalah lain yang mengundang kebimbangan rakyat.- UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply