Bukan sekadar blog

Hiburan

Fazura umum hamil empat bulan

Selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan selebriti popular Fazura dan Fattah Amin, bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, memaklumkan dia sedang hamil empat bulan.

Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dari Allah SWT yang diberikan kepadanya dan suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.

Tentunya berita ini dinantikan ramai terutama sekali buat peminat Fattzura, ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Mereka turut sama mendoakan agar kandungan Fazura sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.


Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Loading...

Leave a Reply