Bukan sekadar blog

Berita Utama

Padah ejek pelajar senior…

KUALA TERENGGANU – Ejek-mengejek dipercayai punca kes buli melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Setiu dibelasah di dalam kelas baru-baru ini.

Berdasarkan video berdurasi 10 saat yang tersebar di dalam media sosial sejak semalam, mangsa telah ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh pembulinya yang dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan empat sekolah sama.

Pelajar tingkatan dua itu tidak mampu melawan dan sekadar menjerit kesakitan ketika dibelasah pembulinya sambil diperhatikan beberapa rakan sekelasnya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail yang ditemui mengesahkan kes tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Setiu dan ia berada di dalam pengetahuan polis.

“Setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kes tersebut. Saya difahamkan pengurusan sekolah mahu berunding dengan ibu bapa kedua-dua pelajar terlibat terlebih dahulu.

“Begitupun, kes tersebut masih dalam pemantauan pihak polis. Siasatan awal mempercayai ia berpunca daripada kejadian ejek-mengejek antara kedua-dua pelajar berkenaan,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas penyebaran video buli tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply