Bukan sekadar blog

Berita Utama

Doktor keluarkan peluru Zionis di kepala bayi perempuan Palestin

RAMALLAH – Doktor pasukan perubatan antarabangsa berjaya mengeluarkan peluru di kepala bayi Palestin berusia tujuh bulan, yang ditembak askar rejim pengganas Israel, lapor Al-WattanVoice, kelmarin.

Pasukan itu yang turut disertai doktor Amerika Syarikat (AS) sentiasa melawat wilayah yang diduduki dan terkepung dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin, bagi melakukan pembedahan yang sukar.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan di sini berkata, pasukan perubatan itu mengakhiri percubaan selama tiga minggu terhadap bayi perempuan terbabit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak ditembak.

“Pasukan perubatan berjaya melakukan pembedahan mengeluarkan peluru itu, dan bayi berkenaan sudah dibawa pulang,” kata kementerian itu.

Pembedahan berkenaan dilakukan di Hospital Rafidya di Nablus, utara wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh rejim Israel di Tebing Barat.

Loading...

Tiga minggu lalu, bayi berkenaan yang sedang didukung ibunya, cedera di kepala ketika askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah rumah mereka di perkampungan Mazra’a di barat laut Ramallah, dan dimasukkan ke ICU selama tiga minggu.

Kenyataan itu berkata, pasukan perubatan AS yang terdiri daripada pakar bedah saraf dibawa Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pertubuhan Bantuan Kanak-Kanak Palestin.

Pembedahan selama dua jam itu diketuai pakar bedah saraf, Dr Aaron Robinson, dan Dr Ahmed Khalidi, serta pasukan mereka dari Hospital Kanak-Kanak Loma Linda di California, AS.

Pada masa sama Kementerian Kesihatan Palestin di Tebing Barat berkata, beberapa pakar dalam pelbagai bidang, termasuk 16 doktor dan jururawat, akan memberi bantuan sepanjang Jun ini di beberapa hospital awam. – Agensi

Loading...

Leave a Reply