Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan, Esah Hussin berjaya mengharungi pelbagai onak duri walaupun ditinggalkan ibu bapanya sejak dilahirkan.

Lebih membanggakan apabila wanita berusia 42 tahun itu mampu menyimpan selama 19 tahun sehingga berjaya membeli sebuah rumah kos sederhana di Tanjung Tokong bernilai RM72,500 secara tunai.

Dalam tempeh tersebut, dia menyimpan RM500 setiap bulan setelah bekerja sebagai pegawai telemarketing malah gembira dan berpuas hati dengan apa yang dia miliki sekarang ini.

“Saya masih menyesuaikan diri di rumah baru dan tinggal bersendirian. Ramai yang memberi sokongan terhadap saya selama ini,” katanya.

Selepas ditinggalkan orang tuanya, dia dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di Kelantan sebelum mendapat pendidikan di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru.

Bagi menyambung pengajian, Esah berpindah ke rumah anak yatim di Setapak. Setelah tamat belajar, dia terjumpa pusat latihan untuk OKU, St. Nicholas Home yang mengubah nasib hidupnya.

Di pusat tersebut, dia mempelajari kemahiran asas seperti kemahiran berkomunikasi dan Teknologi Maklumat (IT) sebelum bertemu pelatih Jayah Doraisamy.

“Saya sangat berbangga dengan Esah & percaya dia akan menjalani hidup dengan selesa sekarang ini,” kata Jayah.

Sumber: The Star

Loading...