Bukan sekadar blog

Berita Utama

Denda RM50 buang sampah merata-merata di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Individu yang dikenal pasti membuang sampah merata-rata di tempat awam sekitar pusat bandar raya ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM50 berkuatkuasa hari ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, kompaun akan dikeluarkan serta-merta kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut dengan tumpuan diberikan di kawasan sekitar Pesisir Payang dan Taman Shahbandar di sini.

Katanya, tindakan tegas itu bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya mengikis sikap tidak bertanggungjawab ke arah memastikan tahap kebersihan khususnya bandaraya ini sentiasa terjaga terutama pemandangan indah di mercu tanda ikonik negeri, jambatan angkat (drawbridge).

“Kira-kira 50 penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang berpakaian preman akan ditempatkan di Pesisir Payang dan Taman Shahbandar dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam bagi mengesan mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.

“Kita sudah lama bersabar dengan sikap pengunjung di kedua-dua kawasan rekreasi ini yang gemar meninggalkan bekas makanan serta minuman mereka selepas berbuka puasa.

“Justeru, dengan penguatkuasaan ini mereka rasa gerun dan pastikan mereka buang sampah di tong yang disediakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak kira-kira dua minggu lalu isu sampah yang ditinggalkan pengunjung di sekitar Pesisir Payang dan Taman Shahbandar hangat dibincangkan netizen hingga tular di laman Facebook. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply