Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

PRK Rantau: Ceramah BN ramai dengan orang luar – Streram

SEREMBAN – Sepanjang sembilan hari tempoh berkempen PRK DUN Rantau, program ceramah calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat lebih ‘meriah’ berbanding calon PH, Dr S Streram.

Kehadiran Mohamad dilihat sudah cukup menarik minat pengundi DUN Rantau untuk turun bersesak-sesak hanya untuk mendengar intipati ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

Berbeza dengan kebanyakan program ceramah anjuran PH, ada kalanya kehadiran media lebih ramai berbanding dengan penghuni DUN Rantau sendiri.

Dr Streram ditanya mengenai itu berkata, berdasarkan pemerhatian pasukan perisik partinya, kebanyakan yang hadir program ceramah BN adalah orang luar, bukannya pengundi DUN Rantau.

“Saya tak tahu kehadiran ceramah BN macam mana. Tapi saya fikir kita ada kekuatan sendiri dan rasanya kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini pun dapat sambutan ramai.

“Ceramah BN ramai sebab orang luar, tapi jika ceramah kita pengundi DUN Rantau sendiri yang datang,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran pemimpin PH dalam tempoh sembilan hari berkempen amat memberi kesan kerana ada beberapa isu kini telah dapat diselesaikan.

“Sebagai contohnya isu projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau yang gagal disiapkan sebelum ini kini telah ada penyelesaian dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén