JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri akan memperhalusi semasak-masaknya cadangan mengugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan, kata menterinya Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah atau isu sensitif kepada sesetengah pihak.
Oleh itu katanya, sementara melakukan penelitian penggunaan perkataan tersebut akan dikekalkan dalam kad pengenalan.
“(Setakat ini) saya belum terima lagi secara rasmi (cadangan). Dulu pernah ada suara (menyatakan cadangan sama), tetapi selepas dibincang, tidak menjadi perubahan itu (tidak dilaksanakan).
“Jadi saya kena pandang perkara ini dengan teliti, sama ada wajar atau tidak wajar. Ada pandangan mengatakan cadangan YB Senator itu (Nga Hock Cheh) bertentangan dengan Perlembagaan, sebab ada melibatkan hak keistimewaan Melayu, iaitu untuk membezakan orang Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai cadangan penguguran perkataan itu selepas merasmikan majlis bersantai bersama pemimpin sempena pelancaran buku “Bersatu Mulanya Di Sini” di sebuah hotel di sini, hari ini.
Rabu lalu, Hock Cheh dalam sidang Dewan Negara berkata, antara sebab yang menghalang perpaduan dalam negara berlaku adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.
Justeru, beliau mencadangkan agar perkataan agama dalam kad pengenalan digugurkan, namun pandangannya itu dikritik banyak pihak.
Sumber: Free Malaysia Today
Ak abdul Talib Ali
Tidak ada keperluan langsung untuk menggugurkan perkata Islam dalam kp setiap individu islam dalam negara malaysia kerana tidak berkaitan dgn isu perkauman langsung kerana setiap warga negara yg beragama islam tidak kira melayu cina atau india serta suku2 etnik2 yg beragama Islam akan tercatat perkataan islam di dalam ic mereka ini yg harus d fikirkan bukannya mengggugurkan perkataan islam d dalam ic org2 islam ..ini adalah baik tuk memastikan setiap individu islam dalam penguatkuasaan undang2 syariat mengikut hukum2 islam sekiranya berlaku perkara 2 yg bertentangan dgn hukum islam dan byk lgi kepentingan2 yg berkaitan bgi umat islam di malaysia ..