Mufti Terengganu, Datuk Zulkifly Muda berkata, orang Islam dibolehkan memberi ucapan selamat sempena perayaan orang bukan Islam, walaupun mereka tidak dibenarkan merayakan perayaan tersebut.
Beliau berkata, orang Islam tidak dibenarkan meraikan atau merayakan perayaan orang bukan Islam seperti Krismas dan Deepavali kerana ia berkait dengan kepercayaan dan syiar agama tersebut.
“Namun begitu, adalah memadai dengan mengucapkan selamat menyambut perayaan tertentu, khusus kepada penganut agama tersebut,” katanya dalam satu surat yang dilihat oleh FMT.
Beliau juga berata, pemakaian pakaian perayaan seperti Santa Klaus dan seumpamanya adalah diharamkan.
“Jabatan ini berpandangan bahawa sebarang bentuk meraikan perayaan seperti Hari Natal, Hari Deepavali dan apa-apa perayaan adalah diharamkan kerana perayaan tersebut lebih menjurus kepada kepada hal-hal berkaitan dengan keagamaan.”
Leave a Reply