Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Hiburan

Bengang dituduh curang, lelaki ini buat ‘poll’ di IG untuk ceraikan isteri atau tidak

SEORANG usahawan restoran tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang menceritakan perihal rumah tangga mereka kepada umum sehingga menjadi perbualan di media sosial.

Berikutan itu, Fizul Nawi yang juga suami kepada pelakon drama Nadya Syahera telah meminta pandangan netizen menerusi kaedah undian di Instastory berhubung masa depan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, undian yang dibuat oleh Fizul itu telah diketahui oleh isterinya Nadya yang nyata terkejut dengan tindakannya.

Menurut Nadya, dia tidak mengetahui niat sebenar Fizul memuat naik soalan tersebut di Instastory.

“Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di Instastory dia.

“Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak cerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu.

“Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuat naik itu dalam keadaan dia sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional,” katanya.

Nadya sebelum ini mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik berasal dari Kelantan dan tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén