Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Bantuan Sara Hidup fasa kedua akan dibayar bermula 28 Mei

KUALA LUMPUR – Seramai 3.6 juta penerima program Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh tersenyum lebar menjelang Hari Raya Aidilfitri ini apabila bayaran fasa keduanya bakal dikreditkan mulai 28 Mei ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembayaran fasa kedua itu melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak orang kelainan upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

Ujarnya, pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén