Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Bantu mangsa kemalangan, tak pasal-pasal jururawat kena marah…’

SUDAH menjadi tanggungjawab setiap pegawai kesihatan untuk memberi bantuan ketika berdepan situasi kecemasan terutama apabila melibatkan nyawa seseorang individu.

Namun apa yang menimpa seorang jururawat ini sangat mengecewakan apabila dia dimarahi oleh pegawai atasannya kerana terlewat datang ke tempat kerja selepas membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan jalan raya.

Menerusi laman sosial Facebook, Tengku Shahril Tengku Hussein berkongsi kisah isterinya, Nor Arbaiah Jusoh yang terlewat selama 30 minit demi menyelamatkan dua mangsa kemalangan yang berlaku pada Jumaat lalu di Batu Caves, Selangor.

Pegang matlamat “Kami Sedia Membantu”

Menurut Tengku Shahril, isterinya tetap ditengking di hadapan kakitangan lain walaupun sudah memberi bukti munasabah bagi menyelamatkan keadaan mangsa namun alasan tersebut tidak diterima oleh pegawai atasan berkenaan.

Loading...

“Bila dah rawat, tinggalkan je pesakit tu!”

Disebabkan kejadian tersebut, isterinya yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di ibu kota itu mengalami tekanan perasaan selain turut kecewa dengan tindakan pegawai atasannya yang tidak bertimbang rasa.

Tengku Shahril yang juga seorang pegawai perubatan berkata, dia terkilan dengan sikap pegawai atasan itu dan berhasrat ingin membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harap-harap terkena kat pegawai tu!

Pegawai zaman ‘old skool’ kot

Report je! Jangan biar orang tindas


Sumber: Facebook Tengku Shahril Tengku Hussein

Loading...

Leave a Reply