Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Banjir: Bomba selamatkan tiga keluarga terperangkap di Kuala Krai

KUALA KRAI – Tiga keluarga melibatkan 10 orang di Kampung Pertang di sini terpaksa diselamatkan, selepas terperangkap berikutan peningkatan paras air sungai, hingga menyebabkan perkarangan rumah mereka ditenggelami air.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, Jafar Jafari Mustafa, pihaknya membawa keluar tiga keluarga berkenaan dalam operasi pagi ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Chenulang.

Banjir turut menjejaskan beberapa kampung di sekitar Kuala Krai termasuk Kampung Chenulang, Kampung Kebun Pisang, Kampung Pasir Jering, Kampung Pertang, Kampung Sungai Durian dan Kampung Sungai Mas.

Kata Jafar, hujan berterusan sejak petang sehingga malam tadi menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Durian dan Sungai Chenulang, mengakibatkan kawasan rendah dinaiki air.

Pada masa ini, operasi memindahkan mangsa banjir melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela.

Beberapa batang jalan di kawasan berkenaan turut ditenggelami air, termasuk berdekatan Sungai Kursial, Sungai Golok dan Sungai Jenob.

Hujan masih turun di kawasan Kuala Krai dan kebanyakan tempat di negeri ini.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén